fbpx
 

Menuju negara tua, Malaysia perlu lebih banyak perbandaran mesra warga emas

January 29, 2021by

Majlis anjuran Kumpulan Confexhub itu turut dihadiri pengerusinya, Datuk Dr Abdul Aziz S A Kadir dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Aged Care, Dr Carol Yip. MIGHT dan Aged Care adalah penganjur bersama.

Mengulas lanjut, Mohd Yusoff berkata, projek Bandar Mesra Warga Emas turut disokong pemaju swasta. Antara yang telah dilancarkan setakat ini ialah Bandar Eco Sanctuary, Kota Kemuning, Shah Alam. Ia adalah kerjasama antara EcoWorld dan Kumpulan Aged Care manakala projek Suntrack’s Tuai Residences dan Gems Residences dibangunkan IOI Properties.

“Peningkatan populasi penduduk lanjut usia berlaku di seluruh dunia dan dianggarkan pada tahun 2050, lebih daripada 22 peratus populasi manusia melebihi usia 60 tahun.

“Fenomena ini disebut sebagai ‘tsunami perak’, yang mana 80 peratus daripada mereka dijangka tinggal di bandar-bandar di negara-negara membangun.

“Mengikut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, penuaan penduduk tidak pernah terjadi sebelum ini. Ia suatu proses yang tidak selari dalam sejarah kemanusiaan. Dengan itu apabila wujud bandar dan komuniti yang lebih mesra kepada warga emas, ia berita yang menggembirakan,” katanya.

Justeru, inisiatif diterajui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Kerajaan Negeri bagi mewujudkan bandar mesra warga emas akan meningkatkan kefahaman dan kesedaran masyarakat.

Katanya, terdapat lapan domain yang mendasari kewujudan Bandar Mesra Usia yang merangkumi aspek perumahan, pengangkutan, penyertaan sosial, penyertaan sivik dan pekerjaan, komunikasi dan maklumat, sokongan masyarakat dan perkhidmatan kesihatan, ruang luar dan bangunan.

Pembangunan perbandaran mesra warga emas perlu mengambil kira ruang sekeliling yang menyenangkan dengan laluan pejalan kaki bebas halangan, lebih kesat dan lebar untuk kemudahan kerusi roda.

Selain itu kos pengangkutan awam yang konsisten, jelas dan berpatutan serta mempunyai kemudahan khas untuk orang kurang upaya.

Gerakan untuk membangunkan bandar mesra warga emas sangat menggalakkan, yang mana hingga kini sudah ada 830 bandar dan komuniti di 41 negara yang diiktiraf Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

OUR OFFICEGET IN TOUCH
Come and visit our office or simply send us an email anytime you want. We are open to all suggestions from our clients.
MIGHT Partnership Hub, Jalan IMPACT 63000, Cyberjaya, Selangor, Malaysia
SOCIAL MEDIAMIGHT Social Links

Copyright © Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT). All rights reserved.