fbpx
 

MIGHT lantik semula tiga ahli lembaga di AGM

July 1, 2022by

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) — Badan pemikir bagi teknologi tinggi Malaysia, Kumpulan Industri-Kerajaan Bagi Teknologi Tinggi Malaysia ​(MIGHT) melantik semula tiga ahli lembaga pengarah pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) MIGHT ke-27 semalam.

Tiga ahli lembaga pengarah itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tenaga Nasional Bhd Datuk Ir Baharin Din, Pengerusi Eksekutif Destini Bhd Datuk Rozabil Abdul Rahman dan Ketua Pengarah Kementerian Pengajian Tinggi Prof Datuk Dr Husaini Omar telah dilantik semula ke Lembaga Pengarah yang dianggotai 17 ahli lembaga.

MIGHT dalam satu kenyataan hari ini berkata setiap ahli lembaga mempunyai kepakaran unik untuk meningkatkan keberkesanan sebagai platform kerjasama dalam menyebarluaskan dasar dan mencapai agenda teknologi tinggi negara.

Baharin mempunyai lebih 35 tahun pengalaman pelbagai dalam sektor tenaga termasuk perancangan rangkaian, perkhidmatan pembinaan, pembangunan perniagaan dan perkhidmatan kejuruteraan manakala Rozabil memainkan peranan penting dalam menerajui kumpulan Destini dalam mengukuhkan sektor penerbangan dan pertahanan, tenaga, kereta api dan marin selain mempunyai kepelbagaian kepentingan dalam pembinaan dan pembangunan hartanah kepada perdagangan.

Sementara itu, Husaini pula merupakan personaliti utama dalam bidang pembangunan insan dengan pengalaman sebelum ini sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan, Timbalan Naib Canselor Universiti Putra Malaysia dan Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kelayakan Malaysia.

Sesi panel mengenai daya tahan dan daya saing masa depan turut diadakan untuk membincangkan keperluan dan isu dalam mempercepatkan daya saing mampan Malaysia.

MIGHT menyediakan platform konsensus untuk kerajaan, industri dan ahli akademik untuk perkongsian kepakaran dan input dalam mencari dan mempromosikan pembangunan industri melalui aplikasi strategik sains dan teknologi.

— BERNAMA

OUR OFFICEGET IN TOUCH
Come and visit our office or simply send us an email anytime you want. We are open to all suggestions from our clients.
MIGHT Partnership Hub, Jalan IMPACT 63000, Cyberjaya, Selangor, Malaysia
SOCIAL MEDIAMIGHT Social Links

Copyright © Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT). All rights reserved.