fbpx
 

Misi Bandar Pintar UK ke Malaysia, platform ideal teroka kerjasama pembangunan bandar pintar

December 7, 2021by

KUALA LUMPUR, 7 Dis — Misi Bandar Pintar UK ke Malaysia secara maya akan menjadi platform yang ideal kepada pihak berkepentingan di United Kingdom (UK) dan
Malaysia untuk bertemu, bertukar-tukar kepakaran dan meneroka bidang kerjasama dalam pembangunan bandar pintar.

Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia Charles Hay MVO berkata Malaysia adalah rakan strategik penting bagi UK, termasuk dalam aspek bandar pintar.

“Kami telah bekerjasama dengan jayanya bersama-sama KPKT (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan) untuk menghasilkan Buku Panduan Bandar Pintar
Malaysia dan kami mempunyai banyak inisiatif di bawah Program Bandar Masa Depan Global, UK-PACT dan Program Tindakan Iklim Bandar yang baharu,” katanya
semasa prapelancaran misi itu secara maya hari ini.

Dianjurkan oleh Suruhanjaya Tinggi British di Malaysia dengan kerjasama Kumpulan Industri-Kerajaan Bagi Teknologi Tinggi Malaysia (MIGHT), Misi Bandar Pintar
UK ke Malaysia 2022 akan diadakan secara maya bermula 22 Feb hingga 24 Feb, 2022.

Ia bertujuan meningkatkan kesedaran dan berkongsi kepakaran mengenai bandar pintar UK dengan mempamerkan kejayaan pelaksanaan penyelesaian bandar
pintar di bandar-bandar di seluruh UK.

MIGHT berkata misi selama tiga hari itu akan turut menghimpunkan pemimpin terkemuka, pembina ekosistem dan penyedia penyelesaian bandar pintar dari UK dan
Malaysia.

“Misi ini mewujudkan satu platform kepada pihak berkepentingan untuk bertukar-tukar pendapat dan meneroka bidang kerjasama dalam pembangunan bandar
pintar, menyelaraskan kepada tujuh bidang tumpuan yang digariskan dalam Rangka Kerja Bandar Pintar Malaysia.

“Tujuh bidang tumpuan itu adalah Ekonomi Pintar, Kehidupan Pintar, Persekitaran Pintar, Masyarakat Pintar, Kerajaan Pintar, Mobiliti Pintar dan Infrastruktur Digital
Pintar,” katanya.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif MIGHT Datuk Dr Mohd Yusoff Sulaiman dalam ucaptamanya berkata, Malaysia sentiasa meningkatkan amalan terbaik dalam
membangunkan dan melaksanakan inisiatif teknologi mampan dan hijau di peringkat kebangsaan dan negeri.

“Kami akan terus memanfaatkan pengalaman luas kami dalam kerjasama antarabangsa untuk menawarkan platform strategik kepada sektor awam dan swasta bagi
menghimpunkan sumber dan kepakaran dalam membangunkan industri strategik dan amalan terbaik pembangunan mampan melalui aplikasi sains, teknologi dan
inovasi,” katanya.

Forum peringkat tinggi yang diadakan pada prapelancaran itu menumpukan perbincangan mengenai perancangan bandar, standard reka bentuk dan pelaksanaan
teknologi.

Antara ahli panel yang terlibat ialah wakil kanan daripada British Standards Institution, Connected Places Catapult, Digital Penang dan PlanMalaysia.

— BERNAMA

Tonton filem percuma dalam talian hanya di filmeseriale.me

OUR OFFICEGET IN TOUCH
Come and visit our office or simply send us an email anytime you want. We are open to all suggestions from our clients.
MIGHT Partnership Hub, Jalan IMPACT 63000, Cyberjaya, Selangor, Malaysia
SOCIAL MEDIAMIGHT Social Links

Copyright © Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT). All rights reserved.