KUALA LUMPUR: Penubuhan Pusat Kecemerlangan (COE) sempena Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019, mampu mengembalikan kegemilangan dan kecemerlangan Islam dalam bidang sains, teknologi dan inovasi.<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n
COE bakal menggabungkan kumpulan pakar daripada universiti terkemuka, makmal penyelidikan dan korporat dari negara Islam.<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n
Gabungan organisasi berfikiran sama daripada negara anggota ini, akan berkongsi pengetahuan dan kemudahan secara aktif dalam aspek penciptaan dan reka bentuk bersama, melalui keupayaan serta inisiatif kapasiti yang praktikal.<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n
Kumpulan Industri-Kerajaan Bagi Teknologi Tinggi Malaysia (MIGHT) yang bertindak sebagai sekretariat sementara COE, menegaskan pusat itu juga berfungsi sebagai platform bebas mempromosikan diplomasi sains dan saling melengkapi.<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n
Dalam kenyataannya semalam, MIGHT berkata, kerjasama itu seterusnya akan menyumbang kepada Agenda Pembangunan Bangsa-bangsa Bersatu 2030.<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n
\u201cIni akan mendorong transformasi umat Islam sebagai pemain utama dalam bidang sains, teknologi dan inovasi serta mengembalikan kegemilangan Islam,\u201d katanya.<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n
Selain MIGHT, COE adalah inisiatif tiga pengasas dan ahli lain iaitu Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia (LIPI); Pusat Pengajian Kimia dan Biologi Antarabangsa Pakistan (ICCBS) dan Majlis Penyelidikan Sains dan Teknologi Turki (TUBITAK).<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n
Penubuhan COE sempena Sidang Kemuncak Kuala Lumpur itu, disaksikan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad; Presiden Turki, Recep Tayyip Erdo\u011fan dan Presiden Iran, Dr Hassan Rouhani.<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n
Mengulas lanjut, MIGHT berkata, COE akan memberi penekanan kepada keperluan asas dan kualiti kehidupan iaitu Keselamatan, Makanan, Kesihatan dan Kesejahteraan, Mobiliti, Tenaga, Utiliti dan Maklumat serta yang berkaitan.<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n
\u201cKemajuan teknologi dalam bidang itu berpotensi besar untuk memenuhi keperluan asas umat Islam serta menerokai inisiatif projek yang mempunyai masa depan, hasil kerjasama yang tinggi.<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n
\u201cApabila perancangan ini diterjemahkan ke dalam aktiviti perdagangan, ia akan meningkatkan pekerjaan, merangsang pertumbuhan ekonomi serta memacu produktiviti di kalangan negara anggota,\u201d katanya.<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n
Katanya, kedudukan itu juga akan membuatkan pasaran lebih berkembang serta membuka peluang besar untuk perdagangan dan pelaburan kepada negara anggota.<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n
Menjelang 2050, bilangan umat Islam dijangka meningkat kepada 2.76 bilion atau 29.7 peratus daripada penduduk dunia, termasuk negara di luar kategori 50 negara majoriti Islam.<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n
\u201cPada 2018, jumlah perdagangan eksport antara lima negara berjumlah AS$32.48 bilion (RM134.2 bilion).<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n
\u201cHanya kira-kira satu hingga tujuh peratus daripada jumlah eksport setiap negara yang didagangkan di dalam kumpulan, dengan Indonesia yang paling tinggi (7.31 peratus) dan Turki paling rendah, pada kadar 1.31 peratus.<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n
\u201cJadi, ada peluang yang mencukupi bagi negara masing-masing meningkatkan perdagangan di antara satu sama lain,\u201d katanya.<\/p>\r\n\r\n\r\n\r\n