KUALA LUMPUR \u2013 Pandemik Covid-19 telah menyebabkan industri penerbangan lumpuh akibat penutupan sempadan negara bagi membendung penularan wabak tersebut sehingga mengakibatkan ribuan pesawat tersadai di seluruh dunia.<\/p>\n
Industri penerbangan komersial mengalami sendiri kesan buruk seperti terbukti dalam prestasi kewangan aeroangkasa awam dan perniagaan yang berkaitan.<\/p>\n
Di Malaysia, aeroangkasa telah dikenal pasti sebagai industri strategik dengan sokongan daripada sektor perindustrian sehingga program pembangunan teknologi. Pelan Pembangunan Industri Aeroangkasa Malaysia 2030 adalah inisiatif penting dalam menetapkan visi dan mempunyai kepentingan yang lebih besar.<\/p>\n
Sebilangan besar pakar dalam industri penerbangan bersetuju bahawa prospek pemulihan mungkin memerlukan lebih dari tiga tahun untuk mencapai tahap lalu lintas sebelum krisis walaupun negara mungkin tidak dapat melihat lagi jumlah lalu lintas pra-Covid-19 sebelum akhir tahun 2021.<\/p>\n
Bagi Pengurus Besar Pemasaran dan Pembangunan Penerbangan Malaysia Airport Holdings Berhad, Mohammed Sallauddin Mohamed Shah, pihaknya sedang mempersiapkan fasa pemulihan dengan rancangan untuk meningkatkan kerjasama dengan syarikat penerbangan tempatan dan asing untuk menghidupkan semula perjalanan udara domestik dan antarabangsa serta bekerjasama dengan badan pelancongan Persekutuan dan Negeri.<\/p>\n
Beliau berkata, walaupun kapal terbang penumpang terjejas namun ada hikmah di sebaliknya kerana penerbangan kargo udara telah mendapat keuntungan daripada penurunan kapasiti menyaksikan peningkatan hasil dan pendapatan.<\/p>\n
\u201cPakar industri merumuskan bahawa krisis Covid-19 menawarkan peluang untuk menggerakkan perubahan dalam industri penerbangan. Kriteria yang sama tidak mungkin dipenuhi tanpa\u00a0 mereka mengkaji semula syarikat mereka dari atas ke bawah, bawah ke atas dan mengubah operasi dan prosedur mereka menjadi lebih baik.<\/p>\n
\u201cPengawal selia antarabangsa dari pelbagai negara harus\u00a0 bekerjasama untuk memelihara industri ini. Kerjasama daripada semua pihak sangat penting untuk proses pemulihan. Tanpa persiapan dan program yang betul dan selaras untuk semua negara, ianya adalah sukar untuk dicapai,\u201d katanya.<\/p>\n