fbpx
 

MIGHT, CILTM, DPPMP meterai MoU

November 11, 2021by

PETALING JAYA: Kumpulan Industri-Kerajaan bagi Teknologi Tinggi (MIGHT), Institut Piagam Pengangkutan dan Logistik Malaysia (CILTM) serta Dewan Perniagaan dan Perindustrian Melayu Perak (DPPMP) memeterai memorandum persefahaman (MoU) untuk mewujudkan perkongsian bagi pelaksanaan inisiatif berpotensi di bawah Perak Sustainable Greenprint 2030 dan perancangan lain seperti Industri 4.0, Bandar Lestari dan Industri Halal.

MoU tersebut bertujuan memacu hala tuju Perak ke arah yang mampan dan lestari serta mencontohi amalan terbaik kepada negeri-negeri lain.

Satu kenyataan akhbar bersama MIGHT, CILTM dan DPPMP memaklumkan, ia akan menyepadukan sumber dan kepakaran dalam membangunkan industri strategik semasa dan pada masa depan.

“Selain itu, tujuannya mempercepatkan Perak ke arah mampan dan hijau. Inisiatif ini akan meningkatkan Malaysia dalam menjadi kuasa global yang mampan, berdaya saing dan berteraskan masyarakat menjelang 2030,” jelas kenyataan itu, hari ini.

Pemeteraian MoU tersebut disempurnakan oleh Presiden & Ketua Eksekutif MIGHT, Datuk Dr. Mohd. Yusoff Sulaiman; Presiden CILTM, Datuk Muhammad Muhiyuddin Abdullah dan Timbalan Pengerusi DPPMP, Amirudin Tajudin di Cyberjaya, hari ini.

Perkongsian ketiga-tiga pihak tersebut memerlukan setiap rakan kongsi memainkan peranan masing-masing untuk kelancaran projek.

MIGHT akan menyediakan kemudahan industri dan teknologi melalui campur tangan strategik dan perkongsian pintar untuk inisiatif berpotensi dengan pelbagai pihak berkepentingan.

CILTM pula akan menyediakan khidmat nasihat strategik dalam bidang pengangkutan dan perkhidmatan logistik untuk pembangunan mampan.

Dalam pada itu, DPPMP akan meluaskan kerjasama ini dengan sokongan daripada pemain industri tempatan sebagai rakan strategik berpotensi daripada pelbagai kapasiti seperti asas agro, halal, ekopelancongan dan pelancongan maya, fabrikasi, latihan usahawan hijau serta pembiayaan peralatan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk kilang dan gudang.

OUR OFFICEGET IN TOUCH
Come and visit our office or simply send us an email anytime you want. We are open to all suggestions from our clients.
MIGHT Partnership Hub, Jalan IMPACT 63000, Cyberjaya, Selangor, Malaysia
SOCIAL MEDIAMIGHT Social Links

Copyright © Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT). All rights reserved.