fbpx
 

15 Anak ATM tamat Latihan Teknikal LAKSAMANA 3.0

February 22, 2026by Administrators

KEMAMAN: Seramai 15 peserta terdiri daripada anak anggota dan anak veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menamatkan fasa latihan teknikal Program LAKSAMANA 3.0 anjuran Yayasan LTAT dengan kerjasama Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT).

Majlis penyampaian sijil berlangsung di RSA Academy Sdn Bhd pada Sabtu, menandakan tamatnya latihan intensif 14 hari dalam bidang Pengujian Tanpa Musnah (Non-Destructive Testing, NDT).

Menurut Yayasan LTAT, latihan merangkumi penguasaan teori, prosedur industri, latihan amali serta dokumentasi teknikal, selari keperluan industri berteknologi tinggi seperti minyak dan gas, aeroangkasa, pembinaan dan tenaga.

Selaras model Train & Place, peserta akan memasuki fasa penempatan industri selama dua bulan bermula 1 Mac hingga 30 April 2026 untuk mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari.

Daripada 127 permohonan diterima, hanya 15 peserta terpilih selepas melalui proses saringan ketat.

LAKSAMANA 3.0 merupakan kesinambungan kerjasama strategik antara Yayasan LTAT dan MIGHT selepas termeterainya memorandum persefahaman pada Mei 2025.

Bagi tahun ini, program melibatkan tiga kohort dengan sasaran 40 peserta keseluruhan.

Yayasan LTAT berkata, kejayaan Kohort 1 menjadi penanda aras penting dalam usaha memperkukuh pembangunan kemahiran dan kebolehpasaran anak-anak ATM selaras aspirasi Malaysia MADANI.

Administrators

OUR OFFICEGET IN TOUCH
Come and visit our office or simply send us an email anytime you want. We are open to all suggestions from our clients.
MIGHT Partnership Hub, Jalan IMPACT 63000, Cyberjaya, Selangor, Malaysia
SOCIAL MEDIAMIGHT Social Links
QUICKLINK
> Careers

Copyright © Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT). All rights reserved.