“Berada pada kedudukan ke-11 dalam Teknologi Tinggi global pada 2014 merupakan trend yang baik yang kita perlu kekalkan, melalui usaha agensi kerajaan dan peserta industri,” katanya pada sidang media selepas acara MIGHT bertemakan, ‘Tribute to Partnership’ di sini pada Khamis.
Pada acara itu, dua institusi dan individu diiktiraf atas sumbangan cemerlang mereka kepada industri teknologi tinggi di Malaysia bagi 2016.
Ia adalah Suruhanjaya Tinggi Britain bagi segmen antarabangsa; Free the Seed Sdn Bhd bagi keusahawanannya; dan jurutera, Datuk Ir Hong Lee Pee atas sumbangan individu yang cemerlang.
Nancy berkata MIGHT membuktikan kejayaannya yang berterusan dalam mengadakan platform untuk peserta industri berkongsi pengetahuan mereka bagi terus membangunkan industri tempatan untuk kepentingan negara.
MIGHT kini terdiri daripada ahli-ahli dari pelbagai sektor teknologi tinggi seperti aeroangkasa, kereta api, solar, bioteknologi dan lain-lain, dan peneraju dalam segmen masing-masing, dengan campuran syarikat berkaitan kerajaan, perusahaan kecil dan sederhana, institusi penyelidikan, ahli akademik dan institusi kerajaan.
“Mari kita menuju ke hadapan bersama-sama dan meraih peluang yang banyak yang terdapat di hadapan selain mengekalkan peranan strategik industri dalam menyumbang kepada ekonomi teknologi tinggi negara.
“Saya berdoa 2017 akan membawa Malaysia ke landasan yang lebih baik dalam sektor teknologi tinggi,” katanya.
Nancy berkata beliau amat yakin bahawa program platform yang MIGHT baru perkenalkan, seperti perkhidmatan rundingan dan nasihat serta perkhidmatan myForesight, akan dapat membawa kerjasama tersebut ke peringkat lebih tinggi. — Bernama